RMK-12 | RM6.3 bilion peruntukan diluluskan untuk Selangor

2022-09-21 0

Kerajaan meluluskan peruntukan RM6.3 bilion bagi pelaksanaan pembangunan infrastruktur dan fasiliti penyampaian perkhidmatan di Selangor di bawah rolling plan kedua Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara projek penting yang akan dilaksanakan termasuk lima projek tebatan banjir di Selangor dengan peruntukan RM4.7 bilion.